Tuesday, November 11, 2008

NOTA PRA-BENGKEL












Nota-nota yang diberi bawah ini hanyalah nota asas. Peserta akan mendalaminya bersama fasilitator semasa bengkel berjalan nanti. Jika ada perkara yang tidak difahami, ia akan diperjelaskan semasa bengkel berjalan. Bagaimanapun jika ibu bapa / penjaga / peserta ingin mendapatkan kefahaman lebih lanjut, nombor berikut bolehlah dihubungi : 03-67334405 / 03-67334406 (pada waktu pejabat sahaja iaitu dari 9.00 hingga 5 petang, dan hari Sabtu juga 9.00 pagi hingga 5 petang).

Ada beberapa kes di mana selepas menerima nota ini, peserta sama ada merasakan ia adalah terlalu susah untuk difahami dan dalam beberapa kes lagi, ia merasakan bahawa kaedah ini tidak akan membantunya melonjakkan pencapaiannya, lebih-lebih lagi jika peserta tidak mengikuti taklimat & melihat demonstrasi yang biasanya diberi menerusi sesi seminar atau ‘sembang-sembang’.

Bagaimanapun bagi ibu bapa dan peserta yang mematuhi permintaan yang disampaikan berhubung dengan nota pra-bengkel ini, ia akan menghasilkan kesan yang amat positif di mana lonjakan hebat minat dan kemampuan peserta akan dapat dikesan oleh ibu bapa & penjaga sendiri sejak hari-hari awal bengkel ini berlangsung. Oleh itu nota ini dikirim dengan satu permintaan, cuba laksanakan apa yang disarankan di dalam nota pra-bengkel ini, bagaimanapun jika ia tidak dapat dilaksanakan, jangan pula mematikan minat untuk mengikuti bengkel ini kerana walau apa pun, bengkel ini tetap akan meninggalkan kesan yang amat positif kepada para peserta.

Kaedah Mokhdar yang memudahkan pengurusan ungkapan mathematical menerusi kaedah ‘mensintesiskan sebutan angka, simbol, ungkapan dan ayat mathematical – selepas ini disebut ‘asuam’, telah terbukti mampu melonjakkan kemampuan seseorang di dalam menangani input-input mathematical (yang menjadi teras utama dalam subjek mathematical seperti matematik, fizik, kejuruteraan, kajiukur, perakaunan dsb, serta antara teras penting dalam subjek-subjek sains seperti kimia, biologi, sejarah, geografi, kajian kemasyarakatan, bahasa dsb). Di samping itu, meminjam bahasa siber, kaedah ini juga menyebabkan lonjakan pengurangan penggunaan ‘space’ di dalam minda bagi pengurusan input-input mathematical dengan demikian ‘space’ tersebut bolehlah digunakan untuk menguruskan input-input lain (dalam bahasa biasa, jika pelajar mendapati bahawa subjek matematik dan sains adalah subjek yang mudah ditangani, pelajar juga akan mempunyai masa yang jauh lebih banyak bagi menangani dan menguruskan subjek-subjek lain).

Bagaimanapun kemampuan atau lonjakan kemampuan sebagaimana yang disebut di atas akan hanya diperoleh jika minda seseorang itu dibudayakan dengan kaedah Mokhdar. Pembudayaan ini boleh berlaku di dalam dua cara, pertama secara semula jadi di mana minda seseorang itu terdedah dengan sebutan-sebutan Mokhdar sejak kecil menerusi aktiviti keluarga, rakan-rakan sekelas atau masyarakat di sekeliling, dan kedua, dengan cara mengikuti bengkel intensif kaedah Mokhdar untuk sekurang-kurangnya lapan hari di mana dalam bengkel ini, latih tubi dijalankan sehinggakan minda peserta benar-benar selesa dengan sebutan Mokhdar dan dapat menggunakan kod-kod Mokhdar sama seperti kemampuannya menggunakan bahasa yang telah dibiasakan dengan mindanya sejak kecil.

Asas sebutan Mokhdar adalah sebagaimana berikut :

Ambil sebutan hujung untuk nombor satu hingga sembilan, iaitu tu, wa, ga, pat, ma, nam, juh, pan, lan. Sebutan ‘pat’ lebih mudah disebut ‘pa’, dan sebutan ‘nam’ lebih mudah disebut ‘na’. Sebutan ‘juh’ pula lebih mudah disebut ‘ja’ (sehinggakan ‘juh’ boleh dikatakan tidak digunakan sama sekali. Oleh itu ‘44’ lebih mudah disebut ‘papa’ dan ‘66’ lebih mudah disebut ‘nana’. Sebutan ‘juh’ lebih mudah disebut ‘ja’. 447766 lebih mudah diingat jika disebut, ‘papa jaja nana’.

Oleh kerana sebutan ‘pan’ hampir sama dengan sebutan ‘pa’, sebutan ‘ka’ dijadikan sebutan alternatif bagi sebutan ‘pan’. Malah sebutan ‘ka’ jauh lebih mudah digunakan dibanding dengan sebutan ‘pan’ (sebutan ‘ka’ adalah sebutan yang di’invent’ dan tidak ada dalam sebutan bagi nombor-nombor asas dalam bahasa Melayu)

Nombor-nombor yang lebih besar dimampatkan sebagaimana contoh-contoh berikut :

55  mama  mam
45  pama  pam
46  pana  pan. Oleh kerana ‘pan’ jadi nombor 8, maka sebutan ‘pan’ digantikan dengan sebutan ‘pin’.
d6 dipendekkan jadi ‘dina’ seterusnya jadi ‘din’. p6 jadi ‘pin’.
(Penerangan dan latihan lanjut akan diberi dalam bengkel).



Jadual sebutan asas sifar hingga sembilan puluh sembilan adalah sebagaimana berikut :



0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
O TU WA GA PA MA NA JA KA LAN
20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
WO WU WAW WAG WAP WAM WAN WAJ WAK WAL
30 31 32 33 34 35 36 37 38 39
GO GU GAW GAG GAP GAM GAN GAJ GAK GAL
40 41 42 43 44 45 46 47 48 49
PO PU PAW PAG PAP PAM PIN PAJ PAK PAL
50 51 52 53 54 55 56 57 58 59
MO MU MAW MAG MAP MAM MAN MAJ MAK MAL
60 61 62 63 64 65 66 67 68 69
NO NU NAW NAG NAP NIM NAN NAJ NAK NAL
70 71 72 73 74 75 76 77 78 79
JO JU JAW JAG JAP JAM JAN JAJ JAK JAL
80 81 82 83 84 85 86 87 88 89
KO KU KAW KAG KAP KAM KAN KAJ KAK KAL
90 91 92 93 94 95 96 97 98 99
LO LU LAW LANG LAP LAM LIN LAJ LAK LAL



Sebutan rengkas untuk nombor 11 hingga 19 ialah dengan mengambil sebutan pangkal bagi nombor-nombor tersebut iaitu ‘se’ untuk 11, ‘du’ untuk 12, ‘ti’ untuk 13, ‘em’ untuk 14, ‘li’ untuk 15, ‘e’ untuk 16, ‘te’ (sepatutnya ‘tu’ tetapi ‘tu’ telah diberi kepada nombor 1) untuk 17, ‘la’ untuk nombor 18 dan ‘sem’ untuk nombor ‘19’.

Di samping sebutan-sebutan pangkal tersebut, nombor-nombor belasan boleh juga disebut menggunakan sebutan satu suku kata dengan cara mencantum bunyi dua nombor, misalnya ’16  ‘tu na’ jadi ‘tun” atau ‘un’. Oleh itu 416 bolehlah juga disebut ‘pe’, ‘patun’ atau ‘pun’.

Sebutan pangkal bagi nombor belasan juga menjadi sebutan kunci tambahan bagi memendekkan sebutan nombor-nombor yang lebih besar. Misalnya 116 boleh disebut ‘sen’ sahaja, 117 boleh disebut ‘sej’ (bunyi sama seperti ‘search’ dalam BI), dan 119 boleh disebut ‘sel’ sahaja. 115 tidak boleh disebut ‘sem’ kerana sebutan ‘sem’ adalah sebutan untuk nombor 19, oleh itu 115 hendaklah disebut ‘sema’ dan tidak boleh dipendekkan jadi ‘sem’.



Contoh sebutan untuk nombor-nombor lebih besar (rujuk kepada jadual sebutan di atas) :

4 56 pa man 48 56 pak man 88 60 kak no 56 7 man ja
30 98 go lak 80 66 ko nan 11 48 se pak 16 98 e lak
93 8 lang ka 56 30 man go 4 3 1 2 pa ga tu wa 4 4 5 5 pa pa ma ma
7 2 8 51 jawapanmu 11 93 se lang 70 15 jo li 7 9 6 3 ja lan na ga

8 11 51 8 11 81 71 2 ka se mu ka se ku ju wa
16 58 17 316 98 86 + 48 e mak te ge lak kan ba pak
11 5 166 78 16b 8 2 166 60 56 ½ /5 se men jak e bi ka wen no man ha kim


Kunci kecekapan minda di dalam menguruskan ungkapan mathematical


Lan lan ku;
ka ka nap; ka lan jaw
ja ja pal; ja ka man; ja lan naga
na na gan; na ja paw; na ka pak; na lan map
ma ma wam; ma na go; ma ja gam; ma ka po; ma lan pam
pa pa e; pa ma wo; pa na wap; pa ja wak; pa ka gaw; pa lan gan
ga ga lan; ga pa du; ga ma li; ga na la; ga ja wu; ga ka wap; ga lan waj
wa wa pa; wa ga na; wa pa ka; wa ma to; wa na du; wa ja em; wa ka e; wa lan la

(Rujuk jadual bergambar di atas untuk mengingat frasa-frasa di atas dengan lebih mudah)


Permintaan Mokhdar kepada semua peserta bengkel :

Untuk (1) melonjakkan kecekapan minda di dalam mengingat dan menguruskan angka, simbol dan ungkapan mathematical (2) untuk menghasilkan minda yang dapat mencongak melebihi kepantasan penggunaan kalkulator bagi dua digit didarab dengan satu digit (yang boleh dilakukan walaupun oleh kanak-kanak berusia 6 tahun), malah tiga atau empat digit didarab dengan satu digit, serta dua digit didarab dengan dua digit (yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun), (3) untuk memudahkan minda menghayati susur galur dan corak pemikiran matematik, hafal hingga benar-benar cekap akan darab asas yang diberi di atas. Permintaan ini terpakai untuk semua peserta sama ada peserta kecil, remaja atau dewasa.

Tugas fasilitator juga akan jadi lebih mudah jika jadual darab ini dihafal sebelum bengkel mulai dijalankan. Jangan dirisau sama ada peserta dapat memahami atau sebaliknya akan kandungan jadual ini. Yang penting ialah, mereka hafal akan jadual ini dan mereka akan lebih bersedia mengikuti penerangan dan latihan yang akan diberi dalam bengkel.

Ibu bapa / penjaga diminta seboleh-bolehnya mempastikan yang anak / jagaan mereka melaksanakan tugas ini (jadual ini amat mudah dihafal). Bagaimanapun, jangan pula kegagalan peserta menghafal cekap jadual di atas dijadikan sebab maka mereka enggan hadiri bengkel ini. Jika mereka gagal menghafal jadual tersebut, kaedah mudah dan berkesan bagi menghafal jadual tersebut akan diberi semasa mereka menjalani bengkel. © All rights reserved.

JADUAL KEM / BENGKEL DI COUNTRY HOMES

Jadual “Bengkel Intensif Melahirkan Genius-Genius Sains & Matematik
menerusi Kaedah Mokhdar” di Fyvoeight Resources, No 23 & 25,
Jalan Pusat BCH 1/3, Country Homes, 48000 Rawang.

(Sabtu 24hb Januari 2009)


Jadual hari pertama. Sabtu 24hb Januari 2009
9.30 - 10.30 a.m. : Pengesahan kehadiran / pendaftaran.
10.30 a.m. - 12.30 p.m. : Taklimat oleh Ketua Fasilitator (Mokhtar Hj Mansor) tentang kaedah Mokhdar dan program yang akan dijalankan serta semua hal berkaitan dengan penjalanan
‘Kem/bengkel Melahirkan Genius-Genius Sains dan Matematik menerusi Kaedah Mokhdar’.

Semua ibu bapa, penjaga, ahli-ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang berminat diminta /dijemput mengikuti taklimat ini.

12.30 p.m. : Rehat dan jamuan tengah hari untuk semua yang hadir.
2.00 p.m. : Ibu bapa meninggalkan anak-anak untuk mengikuti bengkel. (Bagi peserta yang
tidak menginap, mereka bolehlah diambil pada jam 5.00 petang).
5.00 p.m. : Waktu santai.
7.00 p.m. : Solat Maghrib, taskirah dan Solat Isya sebaik masuk waktu Isya.
8.30 p.m. : Makan malam
9.00 p.m. - 10.30 p.m. : Aktiviti santai pemantapan Mokhdar. Peserta membuat persiapan untuk persembahan (sketch, nasyid, nyanyian, ucapan, deklamasi sajak dsb yang ada kaitan dengan kaedah Mokhdar)
11.00 p.m. : Lampu dipadam.


Jadual hari kedua hingga hari ke tiga :

5.15 a.m. : Lampu dipasang. Peserta bersiap untuk solat Subuh. Solat Subuh (berjemaah).
Kuliah Subuh
7.30 a.m. : Sarapan
8.30 a.m. : Bengkel dimulakan.
10.30 a.m. : Rehat dan morning tea-breaks.
11.00 a.m. : Sambungan bengkel.
l2.45 p.m. : Rehat, makan tengah hari (packed lunch) dan solat Zohor.
2.20 p.m. : Sambungan bengkel.
4.45 petang : Light refreshments.
5.00 p.m. : Waktu pulang untuk yang tidak menginap.
Waktu santai / rehat bagi yang menginap.
7.00 p.m. : Bersiap untuk berjemaah Maghrib & Isya. Sementara menanti waktu Isya -
taskirah sementara masuk waktu Isya.
8.30 p.m. : Makan malam.
9.15 p.m. : Aktiviti santai pemantapan Mokhdar. Peserta membuat persiapan untuk
persembahan (sketch, nasyid, nyanyian, ucapan, deklamasi sajak dsb yang ada
kaitan dengan kaedah Mokhdar)
11.00 p.m. : Lampu dipadam


Jadual hari keempat (Selasa 26hb Jan 2009)

5.15 a.m. hingga 4.00 p.m. : Sama seperti hari-hari sebelumnya.
4.00 p.m. : Ibu bapa tiba untuk mengikuti taklimat penangguhan bersama peserta. Peserta akan membuat demonstrasi kemahiran Mokhdar yang telah diperoleh setelah menjalani program selama 4 hari.
5.00 petang : Kem / bengkel ditangguhkan sehingga 19hb Mach 2009. Peserta dibawa pulang.



Program sambungan dari 19hb (Khamis) hingga 22hb Mach 2009 (Ahad).

Bagi peserta yang menginap, check-in ialah Rabu 18hb Mach 2009, sebaiknya sebelum 6.00 petang. Peserta yang tidak menginap hadir mulai Khamis 19hb Mach 2009, sebelum 8.30 pagi.

18hb Mach 2009 :

6.00 p.m. : Check-in.
7.00 p.m. : Bersiap untuk berjemaah Maghrib & Isya. Sementara menanti waktu Isya - taskirah sementara masuk waktu Isya.
8.30 p.m. : Makan malam.
9.15 p.m. : Aktiviti santai pemantapan Mokhdar. Peserta membuat persiapan untuk persembahan (sketch, nasyid, nyanyian, ucapan, deklamasi sajak dsb yang ada kaitan dengan kaedah Mokhdar)
11.00 p.m. : Lampu dipadam.

19hb Mach 2009 - 23hb Mach 2009
(kecuali Jumaat 20hb) :

5.15 a.m. :
Lampu dipasang. Peserta bersiap untuk solat Subuh. Solat Subuh (berjemaah). Kuliah Subuh 7.30 a.m. : Sarapan
8.30 a.m. : Bengkel dimulakan.
10.30 a.m. : Rehat dan morning tea-breaks.
11.00 a.m. : Sambungan bengkel.
l2.45 p.m. : Rehat, makan tengah hari (packed lunch) dan solat Zohor.
2.20 p.m. : Sambungan bengkel.
4.45 petang : Light refreshments.
5.00 p.m. : Waktu pulang untuk yang tidak menginap. Waktu santai / rehat bagi yang menginap. 7.00 p.m. : Bersiap untuk berjemaah Maghrib & Isya. Sementara menanti waktu Isya - taskirah sementara masuk waktu Isya.
8.30 p.m. : Makan malam.
9.15 p.m. : Aktiviti santai pemantapan Mokhdar. Peserta membuat persiapan untuk persembahan (sketch, nasyid, nyanyian, ucapan, deklamasi sajak dsb yang ada kaitan dengan kaedah Mokhdar)
11.00 p.m. : Lampu dipadam


Jumaat 20hb Mach 2009

5.15 a.m. :
Lampu dipasang. Peserta bersiap untuk solat Subuh. Solat Subuh (berjemaah). Kuliah Subuh 7.30 a.m. : Sarapan
8.30 a.m. : Bengkel dimulakan.
10.30 a.m. : Rehat dan morning tea-breaks.
11.00 a.m. : Sambungan bengkel.
l2.30 p.m. : Rehat, makan tengah hari (packed lunch).
Peserta lelaki 8 tahun ke atas diiring ke masjid untuk solat Jumaat.
Peserta perempuan 8 tahun ke bawah : solat Zohor dan rehat.

2.20 p.m. : Sambungan bengkel.
4.45 petang : Light refreshments.
5.00 p.m. : Waktu pulang untuk yang tidak menginap. Waktu santai / rehat bagi yang menginap. 7.00 p.m. : Bersiap untuk berjemaah Maghrib & Isya. Sementara menanti waktu Isya - taskirah sementara masuk waktu Isya.
8.30 p.m. : Makan malam.
9.15 p.m. : Aktiviti santai pemantapan Mokhdar. Peserta membuat persiapan untuk persembahan (sketch, nasyid, nyanyian, ucapan, deklamasi sajak dsb yang ada kaitan dengan kaedah Mokhdar)
11.00 p.m. : Lampu dipadam

Program hari akhir
Ahad 22hb Mach 2009 :

5.15 a.m. : Lampu dipasang. Peserta bersiap untuk solat Subuh. Solat Subuh (berjemaah). Kuliah Subuh
7.30 a.m. : Sarapan
8.30 a.m. : Scanning & rehearsal untuk melihat perkembangan peserta.
10.30 a.m. : Rehat dan morning tea-breaks.
11.00 a.m. : Scanning & rehearsal untuk persembahan majlis penutup.
l2.30 p.m. : Rehat, makan tengah hari (packed lunch).

2.00 p.m. : Ketibaan ibu bapa, ahli keluarga dan hadirin lain.
2,30 petang : Majlis Penutup
  • Ucapan alu-aluan
  • Pembentangan laporan perkembangan peserta
  • Demonstrasi kemahiran peserta
  • Pemilihan peserta terbaik bagi beberapa kategori
  • Penyampaian hadiah untuk peserta-peserta terbaik
  • Penyampaian sijil untuk semua peserta.

4.45 petang : Jamuan ringan untuk semua peserta dan hadirin lain.

5.30 petang : Check out time.